Sunday, July 3, 2016

Terus @ Berhenti

"kadang kadang hidup manusia
perlu memilih"

...............................................................................................

ada satu masa
aku keliru 
sangat keliru
hingga aku berada di tengah 

keputusan yang aku bakal tentukan
betul betul berada di persimpangan
kekiri aku perlu teruskan
kekanan aku perlu berhenti

bila manusia menyoal
aku sendiri buntu
dan tiada jawapan
terus atau henti

aku manusia
yang adakala keliru
untuk buat keputusan
dan aku mula berserah

waktu itu baru manusia
mula mencari Tuhannya
sedangkan Tuhan itu sentiasa ada
malu dan tersangat malu

dan hingga detik ini
keputusan masih ditengah
tiada jawapan yang pasti
dan itu memeningkan
sesungguhnya lala lina 
memahami


Thursday, June 9, 2016

Give Up

"sampai suatu tahap, 
mengalah dan putus asa jalan dia"

......................................................................................

aku penat
aku mengalah untuk
sesuatu yang aku 
yakin bukan untuk aku

aku mengalah 
bukan sebab aku benci
tapi aku tahu lagi sakit
kalau aku terus berusaha

mungkin putus asa 
bukan jalan yang baik untuk hidup
tapi jika masih pilih untuk terus
buatkan kau lagi terluka
untuk apa lagi teruskan

hati boleh pilih untuk
terus tunggu dan berharap atau
pergi dan mengalah

hati mana yang kuat
untuk terus berharap
pada sesuatu yang sia sia
masih adakah hati yang kuat itu?

aku pergi bukan sebab aku dah tak mahu
tapi lagi aku tunggu
lagi banyak hati aku berparut
lagi banyak masa untuk sembuh

aku penat tunggu jawapan
aku bukan manusia yang
mampu baca 
apa kau rasa

aku manusia yang ada
masa aku mengalah dan aku rasa nak pergi
dan ubati segalanya

mungkin bagi kau ini biasa
tapi bagi aku ini segalanya
kau diam dan aku diam
jadi tolong biarkan aku pergi

cukup dengan tunggu ini
aku dah tak mahu tunggu lagi
aku perlu pergi

ubatkan segalanya
dan belajar menerima 
orang yang lebih sayangkan aku
berbanding kau yang tiada jawapannya.

aku kecewa
dan aku bawa kecewa ini 
dalam dunia lala lina yang aku cipta.


Saturday, January 16, 2016

Degree

" bukan senang nak senang,
bukan senang nak berjaya "

................................................................................................

aku kembali belajar
kembali memegang gelaran 'student'
ada suka
ada duka
tapi yang penting 'berjaya' aku harus pegang

mungkin mulanya susah
tapi aku yakin
setiap kesusahan
ada kesenangan di belakangnya
aku percaya

ada yang kata
jika penat berundurlah
ada yang kata
jika mahu teruskanlah
jadi aku pilih untuk berjalan

doa yang aku perlu
waktu ini
susah memang susah
tapi aku tahu doa itu senjata

semoga semua berjaya
dunia lala lina jalan aku
jumpa lagi