Sunday, September 29, 2013

Bercinta

" cinta si anak anak membuatkan ibu bapa pening kepala,
cinta mereka mengalahkan orang yang dah berkahwin "

...................................................................................................

orang lain juga bercinta,
tapi tak seperti kamu,
berkepit kesana kesini,
seperti burung dengan cacing.

jangan kamu perbodohkan diri,
demi cinta si lelaki yang tak pasti,
cuba belajar mencintai diri,
adakah kamu mencintai diri lebih dari lelaki?

tak perlulah seperti pasangan bahagia,
yang ingin kamu bongkarkan kepada dunia,
kerna dunia tak hinggin untuk tahu,
kerna kamu bukan sesiapa.

bercinta ala kadar cukup lah,
tak perlu lah kesini kesana berkepit,
cukup lah dia tahu kamu ada dia, 
dia ada kamu,

bila tiba waktu kahwin lah bila kamu sudah kenal,
bercinta adalah untuk mengenali,
siapa sebenarnya dia,
tapi kadang kadang cinta adalah lakonan.

anak dengarlah apa yang ingin dikata,
jangan bercinta jika hati kamu hanya untuk suka suka,
bercinta bila kamu ingin menuju perkahwinan.

dan
aku ingin kata bercinta ada batas,
jadi jaga  batas jangan kerana cinta kamu terbabas.
semoga dunia ini 
sebahagia dunia lala lina.



Friday, September 13, 2013

Penat

" berhadapan dengan manusia yang punya berjuta perangai,
sungguh aku katakan aku penat, penat teramat sangat. "

..................................................................................................................

adakala mereka menguji
adakala mereka mencabar
adakala mereka mempermainkan
adakala sungguh mereka
inginkan aku menjadi singa jadian

penat berhadapan dengan mereka
mereka menuntut aku menjadi sabar
tapi
mampukah aku menjadi sabar?

kesabaran manusia punya tahap
tahap dimana aku sendiri tak punya jalan
aku buntu bilamana
mereka menguji kesabaran aku

jadi aku belajar menjadi pendiam
belajar menjadi mati hati
belajar menjadi keras mata telinga hati

disini aku belajar sesuatu
belajar mengenai kepenatan hati dan minda
walaupun aku tahu itu semua hanyalah
permainan hati dan minda.

bersabarlah diri selagi kau mampu
bersabarlah dunia lala lina



Saturday, September 7, 2013

Nenek Kebayan

" kau mudah marah kau mudah panas kau mudah bermasam muka,
tapi kau itu sungguh aku kata tiada hormat buat kau "

................................................................................................................................

nenek kebayan
itu gelaran buatmu
bukan aku yang kata
tapi mereka mereka dan mereka menyebutnya

nenek kebayan
bagi aku kau terlalu payah
untuk aku hormati
kerna kau tak menghormati

kau itu terlalu mudah panas
kau itu mudah berasa bangga
kau itu mudah terleka 
kau itu lupa kami juga harus dihormati

kau tua tapi kau lupa
tua harus juga hormat si muda
baru si muda belajar erti menghormati

aku ingin sedarkan kau tapi
jarak umur kita terlalu jurang untuk aku sedarkan kau
payah untuk aku keluarkan ayat
kerna dalam hati didepan kau
aku masih menghormati kau sebagai manusia.

aku harap satu saat kau berubah
menjadi seorang insan yang mampu dihormati
aku takut akan kamu bukan kerna kau tua
tapi takut kerna kau seorang
nenek kebayan.

maaf jika aku menggunakan
kata nama aku
untuk riwayat ini.

dan kisah kamu
aku semadikan
dalam dunia lala lina