Thursday, November 14, 2013

Rindu

" Aku rindu, rindu akan kamu,
rasa yang aku cuba tepis tapi ianya datang bagai oksigen "

..................................................................................................

entah kenapa di cuti ini,
nama kamu aku rindu,
aku rasa bagai aku kehilangan sesuatu.

aku baca kembali pesanan yang pernah kita berpesan,
dan aku jadi binggung kenapa aku begini?
aku rindukan kamu?
atas tiket apa?

kamu hanya kawan aku,
kawan ketika aku tak faham akan sesuatu,
kamu ada, kamu datang, kamu tolong,
hanya itu.

aku hairan,
sangat hairan sehingga aku bertanya akan sahabat aku,
adakah aku sudah hilang kewarasan?
rindu akan kamu?

aku jadi takut,
takut akan hati aku sendiri,
hati yang berbolak balik ini.
tolong tetapkan hati aku.
tolong.

aku harap ini hanya seketika
dunia lala lina sudah cukup indah
tolong jangan "indahkan" dengan rasa rindu ini.




Sunday, October 20, 2013

Kenapa Sama?

" kita berlainan jantina, berlainan segalanya, tapi
bila kau sakit aku juga rasa, bila aku sakit kau juga rasa "

.................................................................................................................

aku perasan akan semua ini,
mungkin kau tidak,
sebab aku tahu kau jenis ambil mudah,
sebab itu kau mudah diperkotak katikkan.

bila kau demam 
esok itu pasti aku juga akan rasa,
bila aku demam
kau juga merasa yang sama.

aku hairan kenapa kita begitu?
adakah kau hairan juga?
tapi aku tahu kau takkan ambil kisah.
betul?

mungkin ini kebetulan,
dan aku harap waktu aku mimpikan kau,
kau tak mimpi kan aku sebab
aku takut kau membenci akan mimpi itu.

aku melihat semua ini mungkin kita
serasi tapi serasi sebagai kawan sahaja,
serasi untuk lain mungkin
bukan waktunya.

aku tahu hati kau milik yang lain,
jadi aku belajar lah sesuatu
melepaskan 
lepaskan kau pergi pada insan itu.

sakit,
sangat sakit tapi aku tak punya magis
untuk elak semua ini,
dan aku tak punya magis 
menyuruh kau memilih aku.

sama mungkin hanya kebetulan untuk kau
tapi untuk aku itu adalah firasat hati
bila kau sakit aku juga rasa
dan bila aku sakit kau juga rasa.

biar kan aku sahaja yang tahu itu semua
kenapa kita sama?
aku sendiri tiada jawapan
jadi semoga kau bahagia

bahagia dalam dunia kau Ammur. 
Lala lina hanya mimpi.


Friday, October 18, 2013

Hari Itu

" kau datang pada hari tu dengan senyuman,
kau pergi pada hari itu dengan gelak tawa "

......................................................................................................

hari itu aku lihat kamu,
kamu sedang ketawa bahagia,
aku takut untuk mendekat,
jadi aku jarakkan diri dengan kamu.

bukan niat untuk beriak sombong,
tapi berniat untuk tidak menganggu,
aku tahu kamu sedar aku ada,
tapi kamu juga beriak sama.

aku habiskan waktu disitu bersama dia,
dia yang selalu ada jatuh bangunnya aku,
aku tahu kamu nampak,
tapi aku juga beriak sama seperti yang kamu lakukan.

hari itu aku belajar sesuatu,
belajar mengenai kita yang tiada kita lagi,
mengenai jurang yang kita sendiri ciptakan,
jadi aku dan kamu adalah berbeza.

aku pernah lupa dulu,
bahawa aku dan kamu takkan pernah bersatu,
kerana kita berdua bukan untuk ditakdirkan,
jadi aku didik diri aku lupakan kamu.

tapi bila aku belajar melupakan,
bayang kamu pasti datang bersama mimpi yang indah,
aku ingin tahu kenapa kamu datang bayang?
kamu rindu aku, atau aku rindu kamu?

hari itu sudah pergi,
pergi bersama angin,
angin malam yang dihembus sang bulan.
dalam dunia aku
lala lina adalah mimpi.



Sunday, September 29, 2013

Bercinta

" cinta si anak anak membuatkan ibu bapa pening kepala,
cinta mereka mengalahkan orang yang dah berkahwin "

...................................................................................................

orang lain juga bercinta,
tapi tak seperti kamu,
berkepit kesana kesini,
seperti burung dengan cacing.

jangan kamu perbodohkan diri,
demi cinta si lelaki yang tak pasti,
cuba belajar mencintai diri,
adakah kamu mencintai diri lebih dari lelaki?

tak perlulah seperti pasangan bahagia,
yang ingin kamu bongkarkan kepada dunia,
kerna dunia tak hinggin untuk tahu,
kerna kamu bukan sesiapa.

bercinta ala kadar cukup lah,
tak perlu lah kesini kesana berkepit,
cukup lah dia tahu kamu ada dia, 
dia ada kamu,

bila tiba waktu kahwin lah bila kamu sudah kenal,
bercinta adalah untuk mengenali,
siapa sebenarnya dia,
tapi kadang kadang cinta adalah lakonan.

anak dengarlah apa yang ingin dikata,
jangan bercinta jika hati kamu hanya untuk suka suka,
bercinta bila kamu ingin menuju perkahwinan.

dan
aku ingin kata bercinta ada batas,
jadi jaga  batas jangan kerana cinta kamu terbabas.
semoga dunia ini 
sebahagia dunia lala lina.



Friday, September 13, 2013

Penat

" berhadapan dengan manusia yang punya berjuta perangai,
sungguh aku katakan aku penat, penat teramat sangat. "

..................................................................................................................

adakala mereka menguji
adakala mereka mencabar
adakala mereka mempermainkan
adakala sungguh mereka
inginkan aku menjadi singa jadian

penat berhadapan dengan mereka
mereka menuntut aku menjadi sabar
tapi
mampukah aku menjadi sabar?

kesabaran manusia punya tahap
tahap dimana aku sendiri tak punya jalan
aku buntu bilamana
mereka menguji kesabaran aku

jadi aku belajar menjadi pendiam
belajar menjadi mati hati
belajar menjadi keras mata telinga hati

disini aku belajar sesuatu
belajar mengenai kepenatan hati dan minda
walaupun aku tahu itu semua hanyalah
permainan hati dan minda.

bersabarlah diri selagi kau mampu
bersabarlah dunia lala lina



Saturday, September 7, 2013

Nenek Kebayan

" kau mudah marah kau mudah panas kau mudah bermasam muka,
tapi kau itu sungguh aku kata tiada hormat buat kau "

................................................................................................................................

nenek kebayan
itu gelaran buatmu
bukan aku yang kata
tapi mereka mereka dan mereka menyebutnya

nenek kebayan
bagi aku kau terlalu payah
untuk aku hormati
kerna kau tak menghormati

kau itu terlalu mudah panas
kau itu mudah berasa bangga
kau itu mudah terleka 
kau itu lupa kami juga harus dihormati

kau tua tapi kau lupa
tua harus juga hormat si muda
baru si muda belajar erti menghormati

aku ingin sedarkan kau tapi
jarak umur kita terlalu jurang untuk aku sedarkan kau
payah untuk aku keluarkan ayat
kerna dalam hati didepan kau
aku masih menghormati kau sebagai manusia.

aku harap satu saat kau berubah
menjadi seorang insan yang mampu dihormati
aku takut akan kamu bukan kerna kau tua
tapi takut kerna kau seorang
nenek kebayan.

maaf jika aku menggunakan
kata nama aku
untuk riwayat ini.

dan kisah kamu
aku semadikan
dalam dunia lala lina




Saturday, August 3, 2013

Mimays

" Aku jatuh cinta, jatuh cinta kepada kamu,
walaupun kamu tidak sedar kewujudan aku, aku harap suatu saat kamu sedar "

.................................................................................................................................

Kamu
aku jatuh
jatuh kepada kamu
tanpa aku sedar apakah rasa ini.

Kamu
saat mata aku melihat kamu
aku tergamam bagai
magnet negatif dan positif

Kamu
aku terus melihat kamu walau 
aku tahu kamu bukan melihat aku
aku terus pandang dan pandang

Kamu 
maaf aku kata
hati aku sudah jatuh
jatuh kepada kamu 

Kamu
aku belum sempat menutup pintu ini
tapi kamu terus masuk tanpa ketukan
aku terpaku dan terkelu

Kamu
aku akan cuba menjaga hati ini
untuk berhenti jatuh
aku takut aku yang bakal kecewa saat aku tahu
kamu sudah punya dia

Dunia aku milik aku
dunia lala lina



Aku Itu

" Aku menjadi insan lain kerana aku tahu dengan itu aku bisa mengubah
hitam kepada putih, putih kepada pelangi, suram kepada ceria. "

................................................................................................................................

Aku itu,
banyak kisah tersirat tersurat
tapi,
apa yang aku mampu kata
aku itu sungguh susah
untuk difahami.

Aku itu,
tak punya kuasa untuk merubah
hitam ke putih,
aku tak punya kuasa sehebat itu.
aku itu paling payah
untuk didengari.

Aku itu,
masih cetek pemikiran
masih mahu mengejar sesuatu yang
membuang masa
masih mencari sesuatu yang tidak pasti
masih mahu teruskan apa yang dikatakan payah.

Aku itu,
adakalanya berhenti mencuba
kerana aku itu tidak sanggup
jatuh untuk kedua kalinya
tapi,
aku itu punya banyak matlamat
yang akan dikejar.

Aku itu,
pernah menyerah tapi menyerah bukan
untuk kalah
tapi,
menyerah untuk memberi ruang pada kau itu.

Aku itu,
punya banyak kisah
banyak cerita
ada sedih ada duka ada bahagia ada derita
ada cinta ada kasih.

Dan

Aku itu,
dalam dunia Lala Lina.