"sampai suatu tahap,
mengalah dan putus asa jalan dia"
......................................................................................
aku penat
aku mengalah untuk
sesuatu yang aku
yakin bukan untuk aku
aku mengalah
bukan sebab aku benci
tapi aku tahu lagi sakit
kalau aku terus berusaha
mungkin putus asa
bukan jalan yang baik untuk hidup
tapi jika masih pilih untuk terus
buatkan kau lagi terluka
untuk apa lagi teruskan
hati boleh pilih untuk
terus tunggu dan berharap atau
pergi dan mengalah
hati mana yang kuat
untuk terus berharap
pada sesuatu yang sia sia
masih adakah hati yang kuat itu?
aku pergi bukan sebab aku dah tak mahu
tapi lagi aku tunggu
lagi banyak hati aku berparut
lagi banyak masa untuk sembuh
aku penat tunggu jawapan
aku bukan manusia yang
mampu baca
apa kau rasa
aku manusia yang ada
masa aku mengalah dan aku rasa nak pergi
dan ubati segalanya
mungkin bagi kau ini biasa
tapi bagi aku ini segalanya
kau diam dan aku diam
jadi tolong biarkan aku pergi
cukup dengan tunggu ini
aku dah tak mahu tunggu lagi
aku perlu pergi
ubatkan segalanya
dan belajar menerima
orang yang lebih sayangkan aku
berbanding kau yang tiada jawapannya.
aku kecewa
dan aku bawa kecewa ini
dalam dunia lala lina yang aku cipta.