Monday, October 6, 2014

Penyesalan

" tiada kata mampu aku kata,
yang aku menyesal mengenali "

...........................................................................................

aku bukan manusia yang mudah 
menyesal dengan apa yang aku pilih
tapi kali ini
aku kalah! kalah!

aku menyesal teramat
sehingga aku berkata
aku menyesal mengenali
lebih baik aku pilih untuk tidak.

aku suka berkawan
dengan sesiapa
tapi kali ini aku terasa
aku sudah tersilap memilih.

ini hidup aku
kau bukan siapa siapa
untuk tentukan aku
jadi aku lepaskan apa yang pernah aku bina

mungkin tiada ucapan selamat tinggal
tapi ucapan itu ada melalui setiap perbuatan
aku menjauh dan semakin jauh.

terima kasih untuk itu
dan aku semadikan memori 
dalam lala lina.


Wednesday, September 10, 2014

Aku Cinta

" jatuh cinta itu mudah,
untuk luahkan untuk beri dia tahu sangat payah "

............................................................................................................

kau yang satu itu,
kau beri aku cinta,
kau buka peluang untuk aku cinta,
kau tunjukkan aku cinta.

tapi,
adakah kau rasa apa yang aku rasa?
adakah kau memahami bahasa tubuhku?
adakah kau faham aku?
adakah kau mengerti semuanya?

buntu tersangat,
bila mencintai orang yang tak berbalas,
aku pernah putus asa untuk rasa ini,
tapi kenapa dia tak nak pergi?

aku hairan,
hairan utuk kali ini,
kenapa rasa ini masih pada tempat yang sama,
aku cuba untuk hilangkan tapi,
aku gagal.

dan aku menjadi lala lina,
kerana aku yakin, 
kamu takkan kenal aku,
isi hati aku. 



Saturday, January 25, 2014

Keranamu

" aku perlu berpijak dibumi yang nyata keranamu,
kerana kamu hanya mimpi aku "

.................................................................................................

keranamu, 
aku jadi binggung
aku jadi bukan diri aku,
aku jadi seseorang yang tak pernah aku dambakan.

keranamu,
aku harus berpijak dibumi yang nyata,
bukan fantasi alam antara kita,
aku harus yakin kamu hanya fantasi.

keranamu,
aku yakin aku sedang hilang diri aku,
aku hilang dunia realitiku,
aku perlu mencari sesuatu yang sudah hilang.

keranamu,
aku belajar yang cinta belum tentu mampu menjadi realiti,
belajar yang kasih belum tentu sayang,
belajar yang kawan belum mampu merubah apa apa.

keranamu,
aku berpesan pada diriku,
kamu hanya mimpi aku,
muncul bila kau rindu akan kamu.

keranamu,
aku mencipta dunia lala lina yang tiada siapa kenal,
antara kisah kamu dan aku biarlah hanya disini.