Saturday, August 3, 2013

Aku Itu

" Aku menjadi insan lain kerana aku tahu dengan itu aku bisa mengubah
hitam kepada putih, putih kepada pelangi, suram kepada ceria. "

................................................................................................................................

Aku itu,
banyak kisah tersirat tersurat
tapi,
apa yang aku mampu kata
aku itu sungguh susah
untuk difahami.

Aku itu,
tak punya kuasa untuk merubah
hitam ke putih,
aku tak punya kuasa sehebat itu.
aku itu paling payah
untuk didengari.

Aku itu,
masih cetek pemikiran
masih mahu mengejar sesuatu yang
membuang masa
masih mencari sesuatu yang tidak pasti
masih mahu teruskan apa yang dikatakan payah.

Aku itu,
adakalanya berhenti mencuba
kerana aku itu tidak sanggup
jatuh untuk kedua kalinya
tapi,
aku itu punya banyak matlamat
yang akan dikejar.

Aku itu,
pernah menyerah tapi menyerah bukan
untuk kalah
tapi,
menyerah untuk memberi ruang pada kau itu.

Aku itu,
punya banyak kisah
banyak cerita
ada sedih ada duka ada bahagia ada derita
ada cinta ada kasih.

Dan

Aku itu,
dalam dunia Lala Lina.


No comments:

Post a Comment